Tuesday, 11 February 2014

Makrifatullah-Pelajaran Ustadz Hj Hussein Bin Abdul Latiff

Perkara pertama yang utama di dalam agama ialah Makrifatullah. (Awaluddin Makrifatullah; Awal agama mengenal Allah). Kenal akan diri maka kenal Allah, Kenal Allah smuanya musnah. Mula-mula hanya Allah sahaja yang ada! Tiada suatu pun yang ada . Allah berfirman pada dirinya sendiri-Kun. Dengan perkataan Kun, dzat Allah yang sedikit hanya sebesar sebutir pasir yang ada di padang pasir. Seperti setitik air di lautan.Dan dzat yang sedikit itulah yang terciptany semua ruang masa bumi. Bumi-bumi yang di atas langit serta semua isi-isinya. Dzat Allah dikenali sebagai dzat yang maha indah.

Pertanyaan-Bulan, Bintang Matahari besar, kita dapat lihat. Kenapa Allah kita tidak dapat lihat. Sedangkan Allah itu ujud (ada). Kita tak dapat melihat Allah sebab Allah bersifat dzat. Dia maha ghaib. Sebagaimana kita yakin ada udara, angin di ruang. Kita tahu dan yakin ia ada tapi tak boleh dilihat. Seperti juga kita tiupkan angin dalam plastic. Plastic mengelembong, Tanda ada angin di dalam, tapi anginya kita tak nampak. Allah sifat ujud tapi tak nampak. Manusia tiadakeujudan tapi boleh di-lihat, kenapa?

Allah dzat yang maha indah, maha ghaib! Manusia juga dicipta dari dzat Allah yang sedikit (seperti mana yang diterangkan di atas tadi). Dzat pada manusia ada yang zahir dan ada yang tersembunyi. Yng zahir itu tubuh, dari rambut hingga ke jari kaki. Yang tersembunyi adalah roh. Kita boleh dilihat kerana manusia 'wajibulujud'. Yang mewajibkan kita ujud adalah dzat!

Macam meja kayu- yang mewajibkan meja ujud adalah kayu. Tak ada kayu, mana meja kayu itu boleh ada. Samalah kita, tak ada dzat mana kita boleh ada. Jadi semua ciptaan ada dzat. Zikrullah orang makrifat beza dengan zikrullah orang biasa. Orang biasa berzikir dengan lisan, zikir qalb dan zikir shir. (Ingat Allah) Zikrullah orang makrifat tiada bunyi. Bukan Allah, Allah, Allah, atau apa-apa pun tasbih disebut untuk mengingat Allah. Ia memerlukan banyak latihan. Kerana matahati (minda) yang gelap (kotor), Iblis berumah dalam minda -matahati (Qolbu).

Cara-cara untuk membersihkan matahati (Qolbu):-
(Sambil menutup mata) Naikkan kedua-dua mata atau pandang keatas. Hanya mata putih kelihatan jika kelopak mata dibuka dan ingat Allah.
Kemudian membaca surah Al-Ikhlas (3x), Surah al-falaq(1x), Surah An-Nas (1x) dan Al-Fateeha (1x). Dibaca dalam minda! mulut jangan bergerak Selepas solat amal dan latih.

Bila mengingati Allah mesti nampak kosong dalam ingatan. Jika ada apa-apa yang terlihat di dalam ingatan, pancong dengan pedang tauhid. Kalau ingat sudah bersih dan boleh ingat Allah dengan mudah. Kamu akan rasa solat kamau, doa kamu berbeza dengan yang sudah-sudah. Sesudah mengerjakan sholat, ingat Allah, Dudok di-dalam ingatan kerana di dalam mata hati (Qolbu) ada god spot atau taman Allah. Dudok situ diam-diam ingat Allah serahkan segala urusan pada yanag maha juasa dengan hati yang redha. Insya Allah 

1 comment: